~*~ walking thru the looking glass ~*~
Friday, December 31, 2004
::
STRES dah berMula!::
Arrrrrrrrrgggghhhhhh!!!! Lagi beberapa hari sekolah dah nak bermula. Hai...meja masih macam kena ribut taufan... berserak tak terkata. Kelmarin pergi sekolah kerana ada bola jaring. Seronok betul! Kaki lenguh² ... maklumlah dah tua... Hahaha.
Semalam ada AGM & makan² (makanan tak sedap...udang, shark fin & agar² mangga aje yang sedap. Yang lain tak makan pun tak apa.) Baru dapat tahu ajar sesi yang mana. Alhamdulillah... dapat pagi sama macam tahun ini juga. Kena buat susunan dan senarai bagi Jabatan Bahasa Melayu...apa lagi banding la. Hai... pening betul dibuatnya. Macam mana tak pening... nama ada yang ada.. ada yang tiada.. yang teruk, nama lain²... yg ada Mohd...ditiadakan. Yang tidak ada Mohd...ditambah. Stres betul! Tahun depan ajar P2, kelas bagus, P4, kelas biasa, P6, kelas akhir...hmm amat mencabar. Tadi baru selesai buat banding. Tu pun nasib baik Kak Aisha, Kak Nita & Azna tolong. Bola jaring pun tak sempat nak pergi. Mana dengan Faezin lagi... merengek²... apa boleh buat dia tak sihat. Kalau marah dia pun...kesian.
Sesungguhnya tahun 2005 akan memberi cabaran hebat dan akan menguji ketabahan dan kesabaran. Insya-Allah akan cuba ditempuhi. Nampak gayanya cadangan nak tambah ahli keluarga mungkin ditunda... hehe. Meja pun belum habis kemas.... macam mana nak bersedia untuk 2005.
Pening...pening...
LadyHawke left a kiss...4:00 PM

|