~*~ walking thru the looking glass ~*~
Thursday, November 24, 2005
::
PSLE Results::
Hari ini PSLE results akan diumumkan. Seram juga nak tau keputusan budak2 P6. Tadi Kak Ros call. Dengar khabar ada 1 budak EM2 & 5 EM3 kena stay back. Keputusan tidak begitu memuaskan. Kemudian pukul 11 pagi Kak Ros call lagi... beritahu keputusan budak2. Alhamdulillah. Tak sangka juga ada yg dapat A. Budak perempuan semua A kecuali Fatimah. Yg lelaki ada lah dalam 3 org yg dapat A. Antaranya ialah Elza. I'm so happy for him. Apa taknya. Masa SA1 dia fail. Prelims dapat B. Now A. Tapi ada 3 Dol dalam kelas. Yg dapat D, Redzwan (ni dah expected..he's very weak), Alwyn (non-Malay) dan Achmad (yg ni pun expected...pemalas besar. Kalau aku tau dia ni sedara jauh, dah lama aku sekel cukup2 biar pass). Nak buat macam mana eh... anak orang. Kalau complain selalu pun nanti mak bapak tak terima. Apa agaknya perasaan diorang dapat BM D? Amacam Achmad... gembira dengan markah tu? Dah nanti jadi macam kes Kak Ros. Ambil berat anak orang pun kena complain. Kesian dia.
Ibu Elza pula sangat gembira dengan keputusan Elza. Sampaikan telefon minta alamat rumah. Yg Elza dapat Ekspres. Ni semua kerja keras si Elza juga. Fiedianah pula sms. Mak dia jemput datang open house. Dia dapat masuk NT. Yang lain senyap. Oh well...dah biasa. Terima kasih pun kadang2 tak boleh dapat. NVM.
Budak2 EM3 aku ada yg kena stay back tapi bukan pasal BM tapi Maths. Azwan & Danial kena stay back. Kesian Azwan. Kalau Danial tak tahu lah dia boleh repeat lagi ke tak. Dia dah repeat sekali. Nantilah bila dapat senarai, boleh post dalam blog.
Zaid pun pass PSLE. 195..1A,1B & 2C. Suka hatilah budak tu...Dahlah keputusan madrasah dia dapat no5 dalam kelas. Siapa lagi dapat PSLE result eh? Ah Liyana pun P6...tapi tak nak kepo2 lah.
LadyHawke left a kiss...9:51 PM
(0) left a kiss

Friday, November 11, 2005
::
The Start of My Maternity Leave::
Badan ni dah tak larat nak turun naik tangga di sekolah. Nak buat macam mana sekolah tak ada kemudahan lif. Sekolah sengkek. Jadi sebelum pergi check up, pergi sekolah dulu untuk kemas sikit2 dan apply maternity leave. Budak2 pun dah tak belajar...cuma terkilan sikit tak dapat habiskan buku latihan dengan kelas P2. Meja yg berserak semacam pun dah clear sikit...sekurang2nya cikgu yg ambil alih taklah kesempitan ruang. Kesian cikgu tu nanti. At least now ambil leave pun taklah menyusahkan orang lain dengan kerja2 & buku2 yg belum semak.
LadyHawke left a kiss...8:44 PM
(0) left a kiss

Monday, November 07, 2005
::
Marking Day & Visiting Kak Aisha::
Hari ni di sekolah ada Marking Day jadi budak2 tak payah ke sekolah. Ada siang2 dah telefon tanya boleh datang ke tidak. Tapi nampaknya tak boleh ada tamu kerana aku nak keluar beraya. Selepas sekolah, my colleagues pergi rumah Kak Aisha untuk beraya sambil melihat anak dia (Md Aufa). Selepas tu, jalan beraya dengan suami.
LadyHawke left a kiss...6:44 PM
(0) left a kiss

Saturday, November 05, 2005
::
Hospitalization Leave::
Pagi raya ke2, badan rasa lain... ingatkan dah masa nak beranak. Bila dah pergi hospital, doktor kata belum lagi tapi kena duduk satu hari utk observation. Tapi nampaknya itu semua false alarm. Doktor tu bagi hospitalization leave sampailah 10 Nov. Nampaknya tak pergi kerjalah jawapannya. Boleh lah rehat di rumah.
LadyHawke left a kiss...6:43 PM
(0) left a kiss

Thursday, November 03, 2005
::
Selamat Hari Raya::
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
LadyHawke left a kiss...11:42 PM
(0) left a kiss

Wednesday, November 02, 2005
::
Eve of Raya::
Hari ni sepatutnya pergi sekolah dari 730 hingga 930 tapi ada check up. Jadi oleh kerana check up tu pada 930, jadi tak payahlah buang masa pergi sekolah 1 jam je. Jadi hari ini MC Hammer lah apa lagi. Pergi check up dgn Abang & Faezin. Oklah check up mcm biasa... nothing much.
LadyHawke left a kiss...1:41 PM
(0) left a kiss
