~*~ walking thru the looking glass ~*~
Friday, December 31, 2004
::
STRES dah berMula!::
Arrrrrrrrrgggghhhhhh!!!! Lagi beberapa hari sekolah dah nak bermula. Hai...meja masih macam kena ribut taufan... berserak tak terkata. Kelmarin pergi sekolah kerana ada bola jaring. Seronok betul! Kaki lenguh² ... maklumlah dah tua... Hahaha.
Semalam ada AGM & makan² (makanan tak sedap...udang, shark fin & agar² mangga aje yang sedap. Yang lain tak makan pun tak apa.) Baru dapat tahu ajar sesi yang mana. Alhamdulillah... dapat pagi sama macam tahun ini juga. Kena buat susunan dan senarai bagi Jabatan Bahasa Melayu...apa lagi banding la. Hai... pening betul dibuatnya. Macam mana tak pening... nama ada yang ada.. ada yang tiada.. yang teruk, nama lain²... yg ada Mohd...ditiadakan. Yang tidak ada Mohd...ditambah. Stres betul! Tahun depan ajar P2, kelas bagus, P4, kelas biasa, P6, kelas akhir...hmm amat mencabar. Tadi baru selesai buat banding. Tu pun nasib baik Kak Aisha, Kak Nita & Azna tolong. Bola jaring pun tak sempat nak pergi. Mana dengan Faezin lagi... merengek²... apa boleh buat dia tak sihat. Kalau marah dia pun...kesian.
Sesungguhnya tahun 2005 akan memberi cabaran hebat dan akan menguji ketabahan dan kesabaran. Insya-Allah akan cuba ditempuhi. Nampak gayanya cadangan nak tambah ahli keluarga mungkin ditunda... hehe. Meja pun belum habis kemas.... macam mana nak bersedia untuk 2005.
Pening...pening...
LadyHawke left a kiss...4:00 PM
(0) left a kiss

Saturday, December 25, 2004
::
Secondary Sch Life::
Hmm...semalam budak² baru dapat tahu sekolah menengah mana mereka akan masuk. Bagi mereka yang dapat masuk ke sekolah yang menjadi pilihan...Alhamdulillah. Kalau yang tidak dapat tu... mungkin ada hikmah disebaliknya. Terima saja. Kalau niat nak belajar, mana² boleh tetapi kalau niat nak cari pasangan...jangan buang masa sekolah... pergi ambil kursus rumahtangga lagi mulia... Hahaha...jangan marah.
Hai... masa macam ini teringatkan zaman sekolah... Those were the best years. Rindu kawan² lama. Semua mesti sudah berkeluarga. Miss u all lah! Murnisah sekiranya kau ada terbaca blog aku, aku harap kau masih anggap aku kawan kau. I really miss u. Hey you're my 1st friend in Sec 1. Ingat lagi tak.. Zantiana..Teacher's Pet...4U2C...last but not least Rizal. Kalau kau sudah lupa, tak mengapa.
LadyHawke left a kiss...11:35 AM
(0) left a kiss

Thursday, December 02, 2004
::
ConGraTuLatioNs!::
Tahniah pada semua pelajar yg telah lulus PSLE 2004! Saya amat berbangga dengan kamu semua terutama sekali mereka yg lulus dengan cemerlang. Kepada pelajar² kelas saya yg telah berjaya mendapat A untuk Bahasa Melayu, setinggi² tahniah. Saya amat bersyukur kerana usaha saya untuk membantu anda telah mendatangkan hasil.
Tidak lama lagi kamu semua akan melangkah ke sekolah menengah, suasana di sana tidak sama dengan di sekolah rendah. Pesanan saya ialah hati² semasa memilih kawan dan jangan mudah terpengaruh dengan gejala² yg tidak sihat. (Jaga maruah & nama baik keluarga.)
Zaman remaja adalah yg paling seronok tetapi kalau disalahgunakan, ia akan membinasakan diri sendiri. Studies and family should come 1st. LOVE or BGR can come later. Sekiranya kamu memerlukan seseorang untuk berbual, you have my no. ;o)
All the best for the future... Miss ya all coz you're my 1st P6 batch. Great experience for me. Cheerios... :o)
LadyHawke left a kiss...1:12 PM
(0) left a kiss
