~*~ walking thru the looking glass ~*~
Monday, July 25, 2005
::
Life SuckS!::
Aku duduk di depan komputer sambil terfikirkan apa yang berlaku hari ni. Ntah... aku sendiri rasa aku bukan diriku. Setiap kali apabila fikirkan tentang kerja, aku rasa kebencian dan kebosanan menendang-nendang dalam benakku.
Sesungguhnya, aku rasa diri ini terlalu kecil. Inginku luahkan semuanya tetapi tak pasti siapa yg faham. Ingin aku tenggelami semuanya dalam tangisan supaya dapat ku hilangkan segala-galanya yang membebani fikiran.
Aku rasa murid sekarang seperti tidak menghargai apa yg dilakukan oleh guru. Berikan kerja rumah tidak dibuat. Berikan kertas lembaran tak dibawa. Pening... mcm manalah nak dptkan A/A*? Datang kelas pun main2. Sudah... tak ingin aku fikirkan tentang mereka. Mereka punya ibu dan ayah sendiri. Kalau diberikan kerja lebih, mereka akan mengeluh kononnya stres. Tahukah mereka apa itu stres? Tahukah mereka apa itu tekanan yg sebenarnya? Biarkanlah, sekiranya mereka tidak mahu belajar, itu pilihan masa depan mereka.
Bila macam gini, teringat pula darjah 6 thn lepas. Murid2 nakal tetapi yg hendak belajar. Sekurang2nya, mereka buat kerja rumah, ambil bahagian dalam perbincangan... seronok dengan mereka. Kami selalu bergurau dan berdebat. Miss them v much.
LadyHawke left a kiss...9:41 PM

|